Blog Badge

EffaStorage

16.9.09

Selamat Datang Ke EfFASTorage

signed Pemilik Store : Effa Yahya di 11:36 PM
Selamat Datang ke efFASTorage yang menawarkan koleksi Kain Pasang Sulam Eksklusif dari Bukit Tinggi, Indonesia dan koleksi Kain Pasang Tempatan yang tentunya memukau mata memandang. Di efFASTorage menawarkan harga yang berpatutan dan mampu dimilik oleh sesiapa sahaja.

Koleksi kain pasang sulam Bukit Tinggi, Indonesia ini didatangkan dari Bukit Tinggi-Sumatera Barat ( Indonesia). Sulaman Bukit Tinggi tidak akan menyamai dengan sulaman dari Bandung, Jakarta ataupun sulaman tempatan (Malaysia). Kain sulam ini direka dengan teliti, maka tidak hairanlah kualiti dan kekemasan rekaannya adalah dijamin. Rekaan sulamannya tampak mewah dengan sulaman yang tebal, timbul dan mempunyai seni sulaman yang amat unik. Kain ini amat sesuai dibuat baju kurung tradisional, baju kurung moden, jubah atau gaun labuh. Semua koleksi yang dipamerkan adalah stok yang tersedia kecuali dinyatakan sebaliknya. Manakala koleksi kain pasang tempatan yang ditawarkan di efFASTorage merupakan koleksi yang terkini dan mempunyai design yang cantik dan menarik.
Sila baca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum pesanan dibuat.
 

efFASTorage Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez